POLITIK DI INSTITUSI PENGAJIAN

on

Politik di institusi pengajian, merupakan suatu larangan seperti yang telah termaktub dalam AUKU. Bahkan, sepanjang pengetahuan penulis, tidak boleh dimasukkan sebarang unsur politik ke dalam mana-mana institusi pengajian di Malaysia. Apakah maksudnya?

'Institusi pengajian' bukan sahaja merujuk kepada kolej universiti dan universiti itu sendiri, bahkan turut meliputi sekolah, kolej matrikulasi, IPTA & IPTS, termasuklah institut kemahiran. Manakala, 'unsur politik' pula boleh ditafsirkan sebagai apa sahaja medium yang boleh membawa identiti politik seperti bendera, risalah, ceramah, logo, gambar, flyers, poster dan lain-lain lagi.

Namun, undang-undang negara Malaysia telah dinodai. Beberapa hari yang lepas, penulis sendiri telah mendapat berita. 

Isnin; 16 Januari 2012, satu majlis yang penulis sendiri tidak ketahui tujuan dan motifnya telah berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara, cawangan Perlis. Yang mengejutkan penulis adalah apabila diberitakan bahawa secara terang-terangan bendera BN dikibarkan bukan sahaja di luar kawasan kampus IKBN itu, bahkan juga turut berada di dalam kawasan institusi pengajian itu.

Dikhabarkan, bendera dapat dilihat dari simpang masuk IKBN sehinggalah ke dataran IKBN yang menempatkan beberapa buah khemah. Bahkan khemah-khemah tersebut juga turut dikibarkan bendera parti itu.

Persoalannya, bagaimana boleh terjadi perkara sebegitu? Jika bagi IPTA dan IPTS,  AUKU melarang perkara sebegini. Bahkan penulis juga yakin bahawa undang-undang Malaysia melarang keras perbuatan sebegini terhadap MANA-MANA institusi pengajian. Adakah BN semakin terdesak untuk menarik pengaruh dengan tercetusnya revolusi kebangkitan mahasiswa di IPTA baru-baru ini? Umum mengetahui bahawa hanya yang belajar di IPTA dan IPTS sahaja yang bergelas mahasiswa, jadi adakah kerana pelajar IKBN yang tidak digelas mahasiswa menjadi tumpuan untuk mereka membina pengaruh? Adakah benar BN ingin menarik pengaruh dari kalangan pelajar IKBN?

Alasan yang sering penulis terima mengenai perkara sebegini adalah, 'pihak yang memerintah itu mempunyai hak untuk melakukan perkara tersebut'. Apakah ini?! perbuatan tersebut secara terang-terangan melanggar undang-undang Malaysia, kemudian senang-senang mengatakan bahawa pihak pemerintah mempunyai hak seperti itu. Ini menunjukkan suatu ketidakadilan, walaupun dilakukan kerajaan negeri yang diperintah oleh PKR.

Penulis percaya, sekiranya pihak PKR yang melakukan sedemikian, mereka akan melakukan protes yang dahsyat bagaikan satu peperangan. Perkara ini akan menjadi suatu isu yang besar sekiranya dilakukan oleh PKR. Jadi, persoalan yang lain termasuklah, 'di manakah keadilan'?

Jadi, adakah salah sekiranya penulis membuat penilaian bahawa, kerajaan yang dipimpin oleh BN adalah tidak telus? Salahkah? Sedangkan sudah terang jelas nyata lagikan bersuluh, mereka cakap tak serupa bikin. Penulis di sini bukan kerana berpihak kepada PKR. Bahkan keluarga penulis sendiri adalah penyokong UMNO. Tetapi, penulis merasakan perkara ini sesuatu yang tidak adil.

Sebagai seorang Muslim, berlaku adil merupakan perintah daripada tuhan sekalian alam, ALLAH. Disebabkan itu, penulis menulis tentang tajuk ini. Bagaimana hendak rakyat menyokong jika melakukan ketidakadilan?  Sayangnya, sumber penulis tidak mempunyai gambar, jika tidak pasti telah dimuatnaik ke dalam artikel kali ini.

Demi ALLAH, penulis bukanlah memfitnah BN tentang perkara ini...

0 comments:

Post a Comment