PERIBADI : PENGARUH KELUARGA SEJAK KECIL

on Comments: (0)

Assalaamualaikum.....

Pertama sekali, sebelum saya mula menulis akan perkara yang sedang terbuku di minda kepala saya ini, sangat suka selali untuk saya menyatakan di sini bahawa blog ini ditulis bukanlah untuk memburukkan sesiapa atau pun memuji sesiapa. Bahkan, blog ini saja saya gunakan sebagai wadah untuk saya menyuarakan segala yang bermain di minda kecil saya ini yang adakalanya hadir ke dalam kotak fikiran saya ketika saya sedang mendirikan solat. Apa pun, pandangan dari pembaca sekalian adalah amat saya hargai dan diberikan ucapan jutaan terima kasih dari saya... (^__^)P


*********

Secawan milo panas buatan sendiri telah sedia terhidang dihadapan meja kayu aku ini. Meja ini tidaklah sebesar mana pun, hanya separas tengah betis tingginya dang dapatlah juga memuatkan sebuah laptop pemberian ayah aku dan sebuah lampu yang aku beli sendiri ketika semester lepas. Ayahku baru sahaja pulang dari Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun manakala ibuku pula tidak diketahui dari mana dia pulang.

Semasa aku sedang mendirikan solat Asar tadi, fikiranku tidak dapat menumpukan kepada solatku kerana aku sebagai hamba ALLAH yang biasa sahaja pastinya tidak dapat terlepas daripada gangguan iblis dan syaitan yang senantiasa menganggu aku. Sebaliknya, otak kecil aku yang mungkin besar sedikit dari dua penumbuk aku ini telah terfikirkan satu perkara yang mungkin telah diketahui oleh pakar-pakar psikologi.

Apakah perkara itu?

Cuba rujuk semula tajuk di atas. Aku sendiri tidak pasti akan tajuk yang sesuai untuk kugunakan kerana aku sendiri tidak pasti akan cara untuk aku terangkan. Tetapi, aku sendiri akan cuba untuk memahamkan pembaca-pembaca sekalian sekadar yang aku mampu. Insyaallah, ilmu yang akan aku sampaikan ini ada benarnya dan tidak mungkin akan tersasar dari landasan akidah Islam yang sebenar. Teruskan membaca...

Setiap orang pastinya dilahirkan dalam sebuah keluarga, tidak kiralah sama ada keluarga itu miskin atau kaya. Pun begitu, masih ada yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang mungkin kerana malu dengan kehadiran mereka ke dunia ini dek kerana kesalahan yang ibu bapa mereka lakukan.

Bagi insan yang mempunyai keluarga, mereka ini terdiri daripada semestinya ayah dan ibu, abang, kakak dan adik. Namun begitu, tidak semua orang mempunyai aturan keluarga yang sama. Hal ini kerana ada yang dilahirkan tanpa ibu atau ayah, ada yang mempunyai abang dan kakak, ada juga yang merupakan anak tunggal tanpa ada adik-beradik. Rigkasnya, tidak semua orang mempunyai bilangan ahli keluarga yang sama.

Baiklah, apa yang hendak saya terangkan sebenarnya? Begini, disebabkan setiap orang mempunyai bilanga ahli keluarga yang tertentu, maka setiap orang dalam ahli keluarga itu akan mempunyai perwatakan yang berbeza, lain dari setiap ahli keluarganya. Jadi, perkara yang hendak saya tekankan pada post yang pertama untuk blog ini adalah bagaimana keluarga akan membentuk peribadi dan perwatakan seseorang?

Bagaimana?

Untuk menjawab persoalan ini, wajarlah kiranya saya senaraikan beberapa faktor penting yang akan membentuk perwatakan dan peribadi seseorang insan itu antaranya termasuklah:

1. Cara didikan ibu bapa
2. Kelahiran dalam keluarga
3. Bilangan adik beradik
4. Jarak usia antara adik-beradik
5. Cara layanan ibu bapa
6. Cara layanan adik-beradik
7. Jumlah kawan sejak kecil
8. Keadaan ekonomi keluarga
9. Tempat tinggal

Baiklah1 Itu sahaja yang dapat saya senaraikan berdasarkan pemerhatian saya dalam kehidupan seharian saya. Jika kita lihat, setiap faktor yang telah saya sebutkan tadi sebenarnya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Mungkin sukar untuk difahami kiranya saya sekadar menyatakan faktornya sahaja, jadi teruskan ikutan penerangan saya di bawah. Tetapi, perlu diingat bahawa segala yang saya sebutkan adalah berdasarkan pemerhatian saya dalam kehidupan seharian saya sepanjang 20 tahuun saya hidup di muka bumi ini.


1. Cara didikan ibu bapa
Cara didikan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seserang anak itu. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa Melayu yang terkenal ini menunjukkan bahawa sekiranya kita ingin sebatang buluh yang lentur, maka kita perlu lenturkan ia sejak dari usianya muda lagi iaitu ketika ianya masih lagi dipanggil sebagai rebung (anak pokok buluh). Begitulah juga halnya dengan mendidik anak.

Sebagai contoh mudah, jika ibu bapa itu mendidik anak dengan cara marah-marah. Kemungkinan, anak itu akan menjadi insan yang takut pada mereka. Bahkan kemungkinan besar anak itu akan mengikut cara ibu bapa mereka yang selalu sahaja marah-marah. Dalam erti kata lain, mereka juga akan turut menjadi mudah marah. Sebaliknya, jika ibu bapa mendidik anak melalui cara yang berhemah dan beradab serta bersopan santun, maka anak itu akan menjadi orang yang beradab dan bersopan-santun ketika ia besar nanti.

Mungkin ada yang mempertikaikan, "Kalau begitu mereka akan manja dan menjadi orang yang kemahuannya sentiasa perlu dipatuhi..." Haha, memanglah, tapi hal ini hanya berlaku kalau ibu bapa itu salah mendidik... Rasanya, ini sahajalah yang mampu saya terangkan untuk faktor yang pertama ini kerana saya sendiri bukanlah seorang yang pakar dalam urusan kekeluargaan ini. Bahkan saya sendiri pun, ketika menulis perkara ini masih lagi bujang. Jadi saya tinggalkan perkara ini kepada sesiapa yang pakar... Maaf ye....


2. Kelahiran dalam keluarga
Kelahiran dalam keluarga. Faktor ini memainkan peranan yang sama pentingnya seperti faktor yang pertama.  Sebenarnya, setiap anak mahukan ibu bapa memberikan perhatian kepada mereka sehinggalah usia mereka mencapai akhir remaja. Bagaimana saya tahu? Saya juga merupakan seorang remaja dan pernah melalui zaman kanak-kanak. Bahkan saya ada 6 orang adik yang sentiasa saya perhatikan. Namun begitu, sikap mahukan perhatian daripada ahli keluarga ini sebenarnya tidak lekang dari diri setiap orang kerana ada ketikanya, kita sendiri akan merasa rindu dengan ahli keluarga. Siapa yang tidak inginkan teman? Betul tak?

"Aku tak perlukan teman. Tinggal seorang diri pun tidak mengapa..." Jika ada sesiapa yang berkata begini, dia sebenarnya sedang cuba berdusta pada dirinya sendiri. Setiap orang pastiya akan cuba mencari kawan untuk dia dekati. orang sebegini sebenarnya merasa cemburu kerana tidak ada yang dapat memahami kehendak dan hati mereka. Tetapi kadang-kadang, insan-insan seperti ini sebenarnya mempunyai masalah untuk menjalinkan hubungan. Mungkin kerana masalah keperibadiaan mereka sendiri.

Baiklah, berbalik kepada topik asal. Disebabkan anak-anak mahukan perhatian daripada ibu bapa, maka mereka akan melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian daripada ibu bapa mereka. Jadi tidak hairanlah jika ada anak-anak yang mempunyai perangai-perangai yang pelik-pelik. 

Contohnya, seorang anak yang sulung berusia 3 tahun mungkin merasakan kasih sayang serta perhatian ibu dan ayahnya telah beralih kepada adiknya yang baru sahaja dua tahun hadir ke dalam keluarganya. Jadi, disebabkan perasaan cemburu dalam dirinya dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan ibu bapanya memberikan perhatian kepadanya. Cuma, anak-anak pada ketika usia ini tidak tahu akan erti perasaan cemburu. Bagaimana saya tahu? (^__^) Pengalaman saya sebagai anak sulung dalam keluarga. 

Jadi, kepada ibu bapa. Jangalah cepat memarah anak yang seperti ini kerana itu merupakan perkara yang biasa. Bahkan anda juga mungkin pernah merasainya suatu ketika dahulu meskipun bukan sebagai anak sulung. Sebaliknya, cubalah bersikap adil dan memberikan nasihat dengan cara yang baik. Hal ini adalah kerana anak seusia ini masih lagi belum dapat mengenal pasti dan memahami akan perkara yang sedang berlaku kepada mereka dan sekeliling mereka. Sikap sabar dalam diri ibu bapa ketika menangani anak-anak adalah amat penting sekali.


3. Bilangan adik-beradik
Seperti yang telah saya katakan pada awal hujah tadi, setiap faktor yang saya berikan adalah sama penting. Begitu juga dengan faktor yang ke-3 ini. Kenapa? Baiklah, semakin ramai bilangan adik-beradik, maka semakin banyaklah ahli yang perlu ibu bapa berikan perhatian. Tetapi ibu bapa juga merupakan seorang manusia. Jadi tidak hairanlah jika ada ibu bapa yang terlepas pandang dan bersikap sedikit berat sebelah. Hal ini biasanya tidak disedari oleh sesiapapun termasuklah ibu bapa itu sendiri.

Oleh itu, anak-anak akan melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian ibu bapa terhadap diri mereka. Hal ini mewujudkan suatu keadaan di mana terdapatnya persaingan. Ketika usia ini, bukanlah persaingan untuk merebut harta pusaka, tetapi adalah untuk merebut perhatian dari ibu dan bapa mereka. Tetapi, didikan yang diberikan oleh ibu bapalah yang akan menentukan kelakuan anak-anak ini sama ada kelakuan yang positif, atau pun kelakuan yang negatif.

Kebanyakan orang-orang yang berada, mereka ini tidak mempunyai anak yang ramai. Cukup sekadar 2 atau 3 orang sahaja. Jadi, persaingan untuk merebut perhatian tidaklah sesengit dengan mereka yang mempunyai ramai adik-beradik.


4. Jarak usia antara adik-beradik
jarak usia antara adik-beradik. Mungkin ramai yang tidak dapat melihatnya memandangkan perkara sebegini sukar untuk disedari. Tetapi sebenarnya, hal ini memberikan impak yang besar terutamanya kepada anak yang bongsu. Saya mengetahui hal ini kerana saya masih ada adik yang berusia 2 tahun setengah yang sentiasa mahukan perhatian diberikan kepadanya memandangkan dia telah biasa diberikan perhatian oleh ramai orang sejak dia masih bayi lagi.

Apabila jarak antara dua beradik itu terlalu jauh, maka akan timbul ketidaksefahaman dalam pergaulan mereka. Seorang mungkin mahukan si adik mengikut kehendaknya, tetapi si adik pula mahukan si abangnya mengikut kehendaknya. Jadi, di sini telah timbul ketidaksefahaman yang jika keduanya masih belum mumayyiz (tidak dapat membezakan perkara baik dan benar), maka akan berlakulah pergaduhan.

Walaubagaimana pun, untuk mejelaskan perkara ini, kita juga perlu merujuk kepada cara layanan yang diberikan oleh anak yang lebih tua kepada anak yang lebih muda. Ringkasnya, ketidaksefahaman ini juga kana membentuk peribadi seseorang memandangkan segala perbuatannya ketika ini mungkin akan sebati menjadi sikapnya apabila dia besar nanti.


5. Cara layanan ibu bapa
Kita semua sudah seida maklum bahawa layanan ibu bapa amat penting. Jika ibu bapa dapat melayan anak-anak mereka dengan adil, mungkin anak-anak itu akan menjadi insan yang mempunyai budi pekerti yang baik. Jika tidak, terjadilah sebaliknya.

Anak-anak diibaratkan seperti kain putih yang suci lagi bersih ketika mereka dilahirkan. Namun begitu, ibu bapalah yang akan mencorakkan kain ini ketika di bawah jagaan mereka nanti. Bagaimana ibu bapa mereka, begitulah mereka nanti. Mengikut kajian yang memang sudah terbukti kesahihannya, bahkan terapat peribahasa Melayu yang mengatakan, "Bapa borek anak rintik", anak-anak akan memerhatikan sikap ibu bapa mereka dan meniru ibu bapa mereka kerana ibu bapa merupakan insan yang paling hampir dengan mereka, insan yang paling dekat dengan mereka yang sentiasa bersama dengan mereka.

Anak-anak sejak masih bayi lagi, mereka tidak mempunyai peribadi yang tertentu. Mereka hanya tahu menangis apabila lapar, menangis ketika lampin mereka basah dan penuh, dan menangis ketika mereka diganggu. Itu sahaja. Mereka tidak mengetahui sesuatu pun perkara yang ada di dunia ini. Tetapi, sejak mata mereka mula terceliklah mereka mula belajar akan perkara-perkara yang ada di dunia ini dan antara perkara yang akan mereka belajar adalah sahsiah diri. Ketika usia ini, ibu bapalah yang menjadi role model kepada mereka kerana mereka hanya mengenal ibu bapa mereka. Ketika usia ini juga, mereka akan melihat kelakuan abang-abang dan kakak-kakaknya untuk dia ikuti. Senangnya, mereka ketika ini cuba untuk membentuk personaliti diri mereka.

Oleh itu, layanan dan sikap ibu bapa memainkan pernanan penting ketika mereka ini masih lagi bergelar kanak-kanak.


6. Cara layanan adik-beradik
Seperti yang telah saya nyatakan bahawa anak-anak akan mengikut sikap abang-abang dan kakak-kakaknya. Tetapi, cukuplah sekadar saya terangkan hal itu pada hujah di atas. Sebaliknya, dalam faktor yang ke-6 ini, saya ingin menegaskan bahawa cara layanan adik-beradik ketika usia mereka telah mencecah 5 tahun dan ke atas akan menentukan juga perwatakan dan pembawaan diri mereka.

Hal ini mungkin, kerana cara adik-beradik yang lebih tua melayan mereka seperti, kasar, lembut, ramah, lembut, ganas, dan sebagainya mampu nmemberikan pengaruh besar ke atas mereka. Apabila dilayan oleh adik-beradik yang lebih tua dengan cara tertentu, mereka pastinya akan memberikan tindak balas selaras dengan hasil didikan ibu bapa mereka selama ini. Alah  biasa tegal biasa. Lama-kelamaan, tindak balas mereka ini akan menjadi sebati dengan diri mereka dan akhirnya menjadi sikap mereka yang juga merupakan identiti mereka ketika mereka semakin membesar.

7. Jumlah kawan sejak kecil
Ada pepatah mengatakan bahawa, jika ingin mengenali seseorang lihatlah pada rakan-rakannya. Pepatah ini ternyata ada benarnya kerana ketika usia ini, kawan juga mampu memberikan pengaruh yang besar terhadap identiti diri mereka. Hal ini juga termasuklah jumlah rakan mereka. Seandainya jumlah rakan sejak mereka kecil adalah ramai, mungkin perasaan ingin mendapatkan perhatian itu kurang memandangkan mereka yang tergolong dalam golongan ini akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan sedar bahawa mereka masih ada rakan-rakan yang memberikan perhatian kepada mereka.

Berbeza dengan anak yang kurang rakan. Hal ini mungkin terjadi kerana sikap ibu bapa yang tidak mengizinkan anak-anak bermain-main di luar bersama anak-anak jiran. Jika anak-anak yang tergolong dalam golongan ini mempunyai adik-beradik yang ramai, mereka akan lebih cenderung untuk rapat sesama ahli keluarga dan adik-beradik berbanding dengan orang luar. Bagaimana pun, bagi mereka yang merupakan anak tunggal, didikan sebegini mampu mematikan keyakinan diri anak dan kesannya dapat dilihat ketika anak itu telah meningkat remaja. Anak itu tidak akan mampu bergaul bersama masyarakat sekelilingnya dengan baik dan pelbagai kemungkinan akan wujud.

Antaranya termasuklah, sikap mementingkan diri, tidak dapat memahami isi hati orang lain, tidak dapat berkomunikasi dengan baik, mudah menyakiti hati orang lain, dan kurang keyakinan diri. Antara lain termasuklah sukar untuk menerima pendapat orang lain dan hanya mengharapkan orang menerima pendapatnya sahaja atau mungkin menjadi insan yang pendiam.


8. Keadaan ekonomi keluarga
Tidak disangkal bahawa keadaan ekonomi keluarga juga memberikan impak terhadap pembentukan diri seseorang individu. Hal ini dapat dilihat melalui contoh yang bakal saya sajikan.

Jika kita lihat, ada anak yang dilahirkan dalam keluarga yang susah peribadinya sedikit berbeza berbanding anak yang dilahirkan dalam keluarga yang lebih senang. Antara perbezaan yang mudah adalah sikap lebih bertanggungjawab dan mudah berusaha pada diri anak keluarga susah tersebut. Anak yang dilahirkan dalam keluarga susah, jika dididik dengan baik akan menjadi anak yang baik yang kuat berusaha untuk membantu ibu bapanya. Malah, mereka juga sentiasa memikirkan keadaan keluarga mereka dan adakalanya mencari jalan untuk meringankan beban keluarga.

Namun, kemiskinan juga mampu mebawa kepada kekufuran. Cerita Aku Masih Dara memaparkan seorang anak gadis yang datang daripada keluarga miskin yang telah menjadi kufur dengan rezeki yang telah sedia ada. Saya sendiri tidak ingat akan nama watak gadis tersebut. Dalam cerita itu, gadis itu merupakan seorang yang sering mengunjungi kelab malam dan mengambil pil khayal untuk menghiburkan dirinya. Malah dia juga sering kali melakukan aktiviti seks bebas dan arak serta seks berkumpulan telah menjadi kegemarannya. Bahkan, dia juga ada menyindir ibunya yang sering bersolat tetapi tidak pernah menjadi kaya.

Begitulah hakikat kehidupan ini. Segalanya bermula dengan didikan ibu bapa dan seterusnya diikuti pengaruh daripada rakan sebaya.


9. Tempat tinggal
Mungkin ada yang tertanya-tanya, "Apa kaitannya dengan tempat tingal?" Jawapannya mudah, sebagai contoh jika seseorang itu tinggal di kawasan yang ramai budak-budak nakal, ada kemungkinan dia mungkin akan mudah untuk terpengaruh menjadi budak nakal. Atau dia mungkin akan sering dijaga rapi oleh ibu dan ayahnya sehinggakan dia tidak begitu mengenali dunia luar rumahnya. (^__^)


Pembaca sekalian,
Hanya sekadar itu sahajalah yang mampu saya kongsikan berdasarkan ilmu saya yang tidak seberapa ini. Lagipun, ini merupakan kali pertama saya menulis perkara seumpama ini. Segala kesalahan adalah diharapkan dapat ditegur. Lagipun, saya menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri...

Sekian, wassalam.... q(^^_^)p