PEREMPUAN == GULA-GULA

on Comments: (0)


Assalaamu'alaikum.....

Ok, sila rujuk balik tajuk entri kali ni....

PEREMPUAN   ==  GULA-GULA

kenapa...?
kenapa...?
kenapa...?

Ok, sekarang ikuti keterangan saya kali ni....

1. ada 2 gula-gula atas lantai yang dipenuhi debu. satu berbungkus dan satu lagi "bogel" tak berbungkus....
2. Antara kedua-dua tu, yang mana kamu akan amik untuk makan....?

Jawapan, konfem amik yang berbungkus.. Kalau kamu kata kamu akan amik yang tak berbungkus tu, kamu memang nak main-main dengan saya.... XD


Sebab....?

Sebab apa ye....? Mudah je... Kalau yang tak berbungkus tu, dah kotor terkena habuk atas lantai... Sebaliknya yang berbungkus tu kan masih bersih? Mestilah amik yang bersih untuk makan....


Analoginya, apa yang kita lihat di sini adalah, gula-gula yang tidak berbalut atas lantai itu tidak ada nilainya lagi. Sebaliknya yang masih berbungkus itu maih tinggi nilainya.. Begitulah wanita.... Kerana meninggikan darjat wanita, ALLAH mewajibkan para wanita menutup aurat mereka dengan sempurna. Bukannya dengan mendedahkan tubuh mereka untuk dipertontonkan sewenang-wenangnya seperti yang didoktrinkan oleh pihak barat.

Dari sini kita dapat lihat satu perumpamaan mudah iaitu, nilai wanita yang menutup auratnya lebih tinggi dari wanita yang ingkar sehinggakan wanita yang ingkar itu diabaikan sebagaimana gula-gula tak berbungkus itu diabaikan oleh kamu...

Maka, pilihlah oleh kamu (para wanita sekalian), nak "berbungkus" atau "berbogel".....?

Dari sini juga, kita dapat melihat buat kesimpulan mengenai satu perkara yang lain iaitu, kenapa lelaki lebih suka mencari wanita muslimah sebagai isteri?

Jawapannya dapat kita lihat dari perumpamaan ini. Pada pandangan lelaki, wanita yang menutup aurat ini, menjaga dirinya dengan baik dari membiarkan lelaki lain menyentuh dia. Dalam erti kata lain, perempuan seperti ini tidak mencari publisiti murahan dengan mendedahkan tubuhnya...

debu = lelaki
gula-gula = wanita

Gula-gula yang telah terkena debu itu dilihat sebagai kotor. Begitulah wanita di mata lelaki, biarpun orang tetap mengatakan, "yang tutup aurat sempurna belum tentu baik hati..." Memang benar, tapi soal hati ini serahkanlah kepada ALLAH.... Terus-terang, di mata lelaki, setiap yang menutup aurat itu sangat tinggi nilainya.... Lelaki, mestilah tak nak cari perempuan yang telah diselediki, diperhatikan tubuhnya oleh lelaki lain... Lelaki cemburu bila orang lain tengok kecantikan isteri dia... Saya lelaki, saya tahu.... Sebab itu lelaki lebih cenderung mengambil wanita menutup aurat sebagai isteri... Antara sebabnya termasuklah, isteri yang memang menutup aurat ni, meredupkan pandangan suami dan mendamaikan hati suami...

Dalam contoh di atas, kenapa tak amik yang dah kena debu tu makan? Sebab kamu tahu, kekotoran yang dah terlekat pada gula-gula tu berkemungkinan mendatangkan masalah kesihatan kepada kamu. Kamu mungkin akan keracunan makanan. Begitulah juga lelaki, tak mahu wanita yang mendatangkan kesusahan kepada dia di kemudian hari. Debu itu seperti lelaki lain dalam kehidupan seorang suami, dia tak mahu lelaki lain melekat pada isterinya, sebab itu dia cari yang tutup aurat. Kalau jadi macam tu, dia akan jealous...

Tapi, gula-gula ni pun sama jugak dengan lelaki... 

Ok! Cuba lempar lagi 2 biji gula-gula, satu berbungkus, satu lagi tak. Mesti kamu akan amik yang berbungkus itu untuk makan.

Sebabnya, kalau wanita nak amik lelaki sebagai suami, mestilah nak yang baik. Yang akan memimpin dia masuk ke dalam kebahagiaan. Perempuan cukup jeles kalau suami dia mesra dengan perempuan lain. Kadang-kadang SMS kerja pun dah diburuk sangka oleh isteri... 

Malah, wanita jugak nak lelaki yang mampu menjaga mereka, membawa kebaikan untuk mereka. Lelaki pun nak perempuan yang mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka, bukan bala bencana. Gula-gula yang telah dicemari debu, sama seperti lelaki yang membiarkan perempuan lain menghampirinya dengan mudah. Perempuan mestilah jealous jugak.

Kalau kamu betul-betul buat apa yang saya tulis tentang gula-gula tu, kamu akan dapati bahawa yang tinggal di lantai hanyalah sepasang gula-gula bogel. Betul kan...? Bila seorang lelaki meminang seorang perempuan, perempuan itu melihak pada akhlak lelaki itu dan ketaatan lelaki itu kepada ALLAH. Disebabkan wanita muslimah bergelar ustazah tak mahu yang tidak taat kepada ALLAH, maka dia menjadi isteri kepada yang taat ALLAH...

Akhirnya tinggallah lelaki dan perempuan yang tidak taat ALLAH bersama. Disebabkan tiada insan alim yang berkenan dengan mereka, mereka berpasanganlah dengan yang sama seperti mereka. Sama seperti gula-gula berbungkus, tinggal bersama-sama dalam perut kamu, sedangkan yang dah kotor berdebu itu di atas lantai....

Harap kamu faham, susah betui nak tulis dalam ni... Rasanya kalau cakap lagi senang..... XD

Pengajarannya, kalau nak pasangan yang baik, jadilah orang yang baik. Nak pasangan yang taat perintah ALLAH, jadilah orang yang taat perintah ALLAH. Tak kiralah lelaki atau perempuan.

POLITIK DI INSTITUSI PENGAJIAN

on Comments: (0)

Politik di institusi pengajian, merupakan suatu larangan seperti yang telah termaktub dalam AUKU. Bahkan, sepanjang pengetahuan penulis, tidak boleh dimasukkan sebarang unsur politik ke dalam mana-mana institusi pengajian di Malaysia. Apakah maksudnya?

'Institusi pengajian' bukan sahaja merujuk kepada kolej universiti dan universiti itu sendiri, bahkan turut meliputi sekolah, kolej matrikulasi, IPTA & IPTS, termasuklah institut kemahiran. Manakala, 'unsur politik' pula boleh ditafsirkan sebagai apa sahaja medium yang boleh membawa identiti politik seperti bendera, risalah, ceramah, logo, gambar, flyers, poster dan lain-lain lagi.

Namun, undang-undang negara Malaysia telah dinodai. Beberapa hari yang lepas, penulis sendiri telah mendapat berita. 

Isnin; 16 Januari 2012, satu majlis yang penulis sendiri tidak ketahui tujuan dan motifnya telah berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara, cawangan Perlis. Yang mengejutkan penulis adalah apabila diberitakan bahawa secara terang-terangan bendera BN dikibarkan bukan sahaja di luar kawasan kampus IKBN itu, bahkan juga turut berada di dalam kawasan institusi pengajian itu.

Dikhabarkan, bendera dapat dilihat dari simpang masuk IKBN sehinggalah ke dataran IKBN yang menempatkan beberapa buah khemah. Bahkan khemah-khemah tersebut juga turut dikibarkan bendera parti itu.

Persoalannya, bagaimana boleh terjadi perkara sebegitu? Jika bagi IPTA dan IPTS,  AUKU melarang perkara sebegini. Bahkan penulis juga yakin bahawa undang-undang Malaysia melarang keras perbuatan sebegini terhadap MANA-MANA institusi pengajian. Adakah BN semakin terdesak untuk menarik pengaruh dengan tercetusnya revolusi kebangkitan mahasiswa di IPTA baru-baru ini? Umum mengetahui bahawa hanya yang belajar di IPTA dan IPTS sahaja yang bergelas mahasiswa, jadi adakah kerana pelajar IKBN yang tidak digelas mahasiswa menjadi tumpuan untuk mereka membina pengaruh? Adakah benar BN ingin menarik pengaruh dari kalangan pelajar IKBN?

Alasan yang sering penulis terima mengenai perkara sebegini adalah, 'pihak yang memerintah itu mempunyai hak untuk melakukan perkara tersebut'. Apakah ini?! perbuatan tersebut secara terang-terangan melanggar undang-undang Malaysia, kemudian senang-senang mengatakan bahawa pihak pemerintah mempunyai hak seperti itu. Ini menunjukkan suatu ketidakadilan, walaupun dilakukan kerajaan negeri yang diperintah oleh PKR.

Penulis percaya, sekiranya pihak PKR yang melakukan sedemikian, mereka akan melakukan protes yang dahsyat bagaikan satu peperangan. Perkara ini akan menjadi suatu isu yang besar sekiranya dilakukan oleh PKR. Jadi, persoalan yang lain termasuklah, 'di manakah keadilan'?

Jadi, adakah salah sekiranya penulis membuat penilaian bahawa, kerajaan yang dipimpin oleh BN adalah tidak telus? Salahkah? Sedangkan sudah terang jelas nyata lagikan bersuluh, mereka cakap tak serupa bikin. Penulis di sini bukan kerana berpihak kepada PKR. Bahkan keluarga penulis sendiri adalah penyokong UMNO. Tetapi, penulis merasakan perkara ini sesuatu yang tidak adil.

Sebagai seorang Muslim, berlaku adil merupakan perintah daripada tuhan sekalian alam, ALLAH. Disebabkan itu, penulis menulis tentang tajuk ini. Bagaimana hendak rakyat menyokong jika melakukan ketidakadilan?  Sayangnya, sumber penulis tidak mempunyai gambar, jika tidak pasti telah dimuatnaik ke dalam artikel kali ini.

Demi ALLAH, penulis bukanlah memfitnah BN tentang perkara ini...